‘Seolah-olah dirancang’ – Penduduk gempar temui puluhan kubur dirosakkan, dibakar

Seorang penduduk, Nik Syukran Muiz Rashid, 35, dia sedih selepas mengetahui kejadian berkenaan yang turut membabitkan lima buah kubur milik ahli keluarganya. – Foto Astro AWANI

MELAKA: Penduduk di Bachang, Melaka gempar apabila sekurang-kurangnya 30 buah kubur di Tanah Perkuburan Islam As Syakirin Pasir Putih, di kawasan itu, ditemukan rosak dipercayai akibat perbuatan khianat oleh individu tidak bertanggungjawab.


Kejadian sekitar 8.30 malam itu turut melibatkan dua buah kubur yang ditemui dengan kesan terbakar.


Seorang penduduk, Nik Syukran Muiz Rashid, 35, dia sedih selepas mengetahui kejadian berkenaan yang turut membabitkan lima buah kubur milik ahli keluarganya.


Ujar anak jati Bachang itu, lebih memilukan apabila sebuah kubur milik Allahyarham bapa saudaranya yang terletak kira-kira 50 meter daripada empat kubur yang lain itu turut dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sarang Helang Bachang, Nasran Mehat berkata, kejadian ini bukanlah kali pertama.


Malah, seminggu sebelum Ramadan yang lalu, sebuah kubur turut mengalami kerosakan pada batu nisan dipercayai angkara khianat.


Tambahnya, lebih mengelirukan, kesemua 30 buah kubur yang rosak itu juga melibatkan kubur kira-kira lapan keluarga yang sama dan dipercayai tindakan itu seolah-olah dirancang.

Lebih mengelirukan, kesemua 30 buah kubur yang rosak itu juga melibatkan kubur kira-kira lapan keluarga yang sama. – Foto Astro AWANI

Saya dapat panggilan telefon kubur Asyakirin Pasir Putih ni dibakar dan dipecahkan batu nisannya. Saya terus ke sini dan mendapati ada tiga pemuda yang mengatakan ada kebakaran dan kejadian pecahkan kubur. Sejurus itu saya terus hubungi polis,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad yang turut berada di lokasi kejadian enggan mengulas lanjut berhubung isu itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *