‘Aliff Kini Dalam Fasa Hilang Dan Jatuh’ Bekas Isteri Tampil Menegur Netizen,Ini Kata-katanya Buat Netizen Terkedu

Di sebalik kecaman bertalu-talu diterima oleh Aliff Aziz, bekas isterinya, Bella Astilah tampil menegur sikap sesetengah sikap netizen. Bella yang baru pulang bercuti dari Melbourne, Australia berasa sedih dengan apa yang menimpa Aliff selepas penceraian mereka.

“ Apa yang terjadi sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi dan dia memberitahu dia dianiaya oleh orang yang baru sahaja dikenali. Wallahualam.

“ Apa yang saya ingin tekankan di sini, Aliff kini dalam fasa ‘hilang’ dan jatuh. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul-betul tiada hati dan perasaan?,” ujar Bella kecewa.

Bella juga berharap agar netizen tidak terus menghentam Aliff yang kini dalam fasa kejatuhan kerana ia bakal mengundang depresi yang tidak boleh dibuat main.

“ Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum Aliff. Dia boleh hubungi Ayden bila-bila masa dia mahu.

“ Aliff seorang yang bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Kepada sesiapa yang berkawan dengan Alif sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya,” katanya.

Bella juga menjelaskan tatu yang tertera nama Bella di dada bekas suaminya itu diperbuat daripada Inai yang dilakar sejak tahun 2016 lagi.

Tambah Bella, dia berdoa agar Aliff terus kuat meneruskan kehidupan dan kembali sihat seperti biasa. Doa yang baik-baik.

Video

Ada orang cuba perangkap Aliff

Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru shj dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam

Saya dah lama maafkan Aliff

Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call dan video call Ayden. Anytime. Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia seratus peratus. Siapalah saya nak menghukum dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya.

Muat naik daripada Bella Astillah telah menerima respons daripada netizen, yang turut meminta orang lain berhenti memberi kecaman kepada Aliff. Seseorang yang sedang dalam tekanan perasaan, memerlukan sokongan dan bukan dilemparkan dengan kata-kata kejian.

Respect sikap Bella

Tak ada sikitpun dendam dengan Aliff

Harap Aliff Kuat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Sumber : Bella Astillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *