Bila Rizalman Berleter Pasal Adab Beraya, Sekali Azrinaz Datang Komen. Memang Pedas Ayat Dia Bagi

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim meluahkan rasa pelik dengan sikap sebilangan ibu bapa yang bersikap lepas tangan apabila menghadiri majlis rumah terbuka atau open house Aidilfitri dengan membiarkan anak-anak mereka `bikin taufan’ dalam kediaman tuan rumah.

Berkongsi pengalaman yang dialaminya sendiri dalam Instagram hari ini ketika rumahnya di Kampung Datuk Keramat didatangi tetamu pada hari pertama Aidilfitri 5 Jun lalu, Rizalman memberitahu, ada barang berharga miliknya rosak disebabkan gelagat anak-anak tetamunya yang berperilaku nakal amat.

“ Chek (saya) tidak kisah mampu beli balik, tapi Chek cuma nak berkongsi kepada ibu bapa tidak kiralah yang kaya atau sederhana atau kurang mampu supaya jagalah anak-anak semasa berkunjung ke rumah orang.

“ Ini bila pergi rumah orang, bagi anak minum sambil anak berjalan. Budak-budak meloncat-loncat, air berkocak atas karpet… macam `jemuan’ (nakal dalam loghat utara)…bagi anak kismis, jatuh…melekat kimis itu di lantai…semut pun datang.

“ Bukan chek nak cakap apa, jiran-jiran Chek di Keramat ini orang-orang biasa saja, tapi tertib bila datang ke rumah, siap angkat pinggan basuh di dapur.

” Mereka bukan dari Damansara pun. Ini yang (tetamu-tetamu) VIP bila datang kata (pada anak-anak mereka)…Daniel! please don’t touch that… mana anak nak dengar,” kata Rizalman.

Menurut Rizalman, setiap tahun kehadiran Aidilfitri, insiden yang sama pasti berulang, yang turut dikongsi oleh followers beliau dalam media sosial.

“ Pernah ada peristiwa pinggan terbelah dua (pecah), garfu masuk dalam tong sampah, kucing mati dibaling (kanak-kanak) ke dinding, rel langsir tercabut, panjat peti ais orang dan macam-macamlah,” katanya.

Sepatutnya, kata Rizalman lagi, nilai-nilai dan adab sopan anak-anak dibentuk ibu bapa sejak kecil di dalam rumah lagi.

“ Mak chek (bila kami adik beradik) nak pergi ke ke rumah orang siap pesan dari rumah dan dalam kereta lagi…nak pergi kena duk diam…kalau tengok mata aku (mak) besar (menjengilkan mata) kau siap.

“ Dia (mak) tak pukul bila (kami) balik ke rumah, tapi tarik kami ramai-ramai ke bilik air, berus kami dengan berus sabut sampai merah meleteq.

“ Itu cara nak ajar anak sebab itu kami tertib.”

Sementara itu, bekas pengacara televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim dalam Instagramnya turut menyokong saranan Rizalman supaya tetamu tidak membiarkan anak-anak mereka berkeliaran dalam majlis rumah terbuka tuan rumah.

Antara komen Azrinaz:

“ @rizalman71 beletiaq pasai pasu dia pecah. Itu pasailah saya ni tak ajak keluarga yang ada anak kecik. Walaupun depa itu keluarga dekat ka, sepupu ka…tapi kalau anak dah tak boleh control, tak reti nak teguq, pasu kita pecah…rumah saya ni dahlah penuh kaca.

“ Depa tu bukan tau macam mana susah kita kumpul barang collection hangkut bawak balik dari oversea.

“ Bila pecah, mana nak dapat ganti? Depa dengan muka tak bersalah balik perut kenyang.”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. ASIA KINI

Sumber: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *