Siti Nurhaliza Ingin Tambah Anak Sebelum Usia 43 Tahun

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 40, berhasrat untuk menambah bilangan cahaya mata sebelum usia 43 tahun.

Siti menerima kehadiran permata hati pertama pada iaitu Siti Aafiyah yang kini sudah berusia satu tahun selepas 11 tahun menanti.

“Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian. Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.

“Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun. Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.

“Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah,” kata Siti.

Siti ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersama kelab peminatnya, Sitizone di The Pearl Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dalam pada itu, Siti juga sebak melihatkan Aafiyah yang kini semakin membesar.

Masa itu terlalu cepat berjalan. Rasa macam sekejap sahaja, kini Aafiyah sudah boleh berjalan. Jujur saya akui saya rasa sebak dan gembira melihat dia membesar depan mata.

“Naluri ibu, saya rasakan semuanya pasti dapat fahami apa yang saya sedang hadapi sekarang. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk saya merasai pengalaman menjadi ibu.

“Saya juga mendoakan agar semua ibu bapa yang menanti cahaya mata di luar sana turut dikurniakan rezeki yang sama, Insya-Allah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *